Sunday, May 23, 2010

everyday is "MOTHER'S DAY"....

assalamualaikum wrh wbt....entri utk kali ini mngenai ibu2 kami 7 bradik.....biarlh orang nak kata: "hari ibu dah lpas la..baru nak post?"....tapi bagi kami tiada istilah hari ibu untuk tarikh2 tertentu kerana "everyday is MOTHER'S DAY"...biarkan potret serta kalam2 berikut meluahkn perasaannya bagi mengubat rasa rindu akan belaian seorang ibu(sama ada yg masih hidup mahupun yang sudah mnghadap YG ESA) buat insan di perantauan....



~bicara hati dr adik kami yg penyabar~







Buat mak…

Walaupun ayah sakit, kau tetap berusaha mendidik anak-anakmu sehingga berjaya dan berakhlak dengan akhlak islami. Mungkin kejayaan anak-anakmu semua ini adalah kasih sayang ALLAH padamu. Kesabaranmu menjaga ayah dan kami tiada tandingannya.


Maafkan kami jika ada salah silap dari kami berlima. Aku suka dengan didikan mu yang secara tidak langsung itu. Kami menjadi orang yang berfikir sendiri kebaikan dari kata-kata dan perbuatanmu. Itu kelebihanmu. Moga ALLAH mengampuni dosa-dosa mak. Ameen ya rabbal `alamin…


Kisah yang sudah dalam sepi masih berbunga dalam balam tetap bernyawa tidak pernah pupus. Bahangnya membakar hati yang makin luluh itu, hingga merah kembali. Sejak tangan ayah tidak mengenal kertas, kaki lembut menjadi keras, lemah tubuh berganti tegar, bicara serak semakin hilang gentar. Biji tasbih berjalan, jari merah itu tidak jemu. Letih sudah mulut menguak, terus terkumat kalimah “La ila ha illallah” . Semakin bosan tikar melihatnya, semakin bertambah gelap dahi.



Kekuatan harus dicari, kerana dia tahu, pelurus tulang bengkoknya semakin pergi, tiada yang menemani. Kerana hemah terlalu dalam, sabar akan segala, ibu setenang jiwa, Rabb menjadi teman, dan kami tumbuh dewasa, dari tangan yang berbeza.




~luahan rasa dr adik kami yg nakal~




Setiap saat ku lalui hidupku bersamamu ummi,
Ku rasakan ketenangan dan kenyamanan,
Menyusahkan dirimu menjadi kebiasaan,
Namun kau tetap tersenyum riang.


Saat ku masih kecil,
Ku ganggu tidurmu dengan tangisan nakal ku,
Ku sibukkan harimu dengan merawatku,
Namun kau tak pernah mengeluh.


Dan disaat ku beranjak remaja,
Di saat ku sedang mencari jati diriku,
Kau selalu hadir dengan ketegasanmu,
Yang kau balut kasih sayang dan cinta kepadaku.


Namun saat ku beranjak dewasa,
Aku mengecewakanmu,
Ku musnahkan impianmu,
Namun kau tetap tersenyum padaku.


Padahal ku tahu hatimu menangis,
Kau begitu hebat ummi,
Kau biarkan hatimu menangis,
Hanya kerana kau tak mahu melihat diriku bersedih.


Melihat diriku terpukul dengan kegagalanku mewujudkan impianmu,
Dari kecil hingga dewasa tak pernah sekalipun permintaanku kau abaikan,
Dan keinginanku selalu kau kabulkan,
Namun satu impianmu tak bisa kuwujudkan,
Maafkan aku ummi...


mmmiey ehh...nah mitok maah banyokk




~pautan kasih dr k teh kami yang.........:)~




Dedikasi buat mama…..


Selamat hari ibu ku ucapkan buat mama tersayang..

Bukan skadar hri ini ucapn keramat itu di ungkapkan…

Malahan stiap detik..ketika..dan saat..

Bgiku adalh utkmu..


Terima ksih yg xthingga krna sngup mlepaskn ku…

Bkelana dlm mncri mutiara ilmu akhirat…

Yang memisahkn 2 jiwa ntara kita…

Demi mngembalikan mruah kluarga …


Doaku mga drimu mama ..

Sntiasa dbri kekuatan jiwa..

Keutuhan iman…

Kesihatan yg smpurna….

Dlm mnempuh ujian hdup bsama kami 9 org ank2mu…


3 thun skejap Cuma…

Mga kmbalinya aku …

Dpt mnenteramkan jiwamu…

Mga kita msih lgi sperti dlu..

Bkumpul 11 org ahli kluarga yg bhgia…

Di teratak usang yg brada nun dsana….

Mga2…

Msih kekal keahliaannya…

Mlainkan sdah tiba msanya…

Djemput Yang Maha Kuasa…


p/s : Sayang mama selama2nya…….mama…rindukan nasihatmu…

Nasihat yg sntiase mngalir ke dlm jiwaku…walau dmana kita bsama….

Mama……….mama…………mama………….

Ya 4w1..pnjgknlah umr kdua ibu bapaku….amin……..






~gamitan rindu dr k lang kami yg berwawasan~


Bonda,
selamat atas hari ini dan setiap hari
di mana aku tak bisa melewatinya tanpamu.
Tiada puisi seindah doa:

"Ya Allah,

Kau ampunilah kedua orang tuaku,
kasihanilah mereka
sebagaimana mereka mengasihaniku
sewaktu kecil dahulu."





~pautan cinta dr k ude kami yg brkaliber~


Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ummi….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...




Sebenarnya masih berbaki 2 orang ibu kami...itu x bermakna tiada kata2 indah sebagai tanda mengingatinya tetapi biarlah hati sahaja yg menafsirkannya bahawa dirimu ibu amat bermakna buat kami...melahirkan insan2 penyambung rantai2 perjuangan RASULULLAH SAW...


AL-FATIHAH buat slh seorang daripada ibu kami yg telah kembali kerahmatullah...Semoga dirimu ibu ditempatkan bersama para solihin....Ya ALLAH,mga2 di akhirat kelak dapat ku bersama memimpin tangan ibuku itu kerna aku amat merinduinya Ya ALLAH...sampaikan doa kami buatnya.... syukran YA ALLAH........syukran YA ALLAH.......


Ya ALLAH…
Panjangkanlah umur bundaku,
Kerana ku masih membutuhkannya,
Ku ingin mewujudkan impiannya,
Walau diriku pernah mengecewakannya.


Ya ALLAH...
Hambamu memohon kepadamu,
Jikalau engkau memanggil bundaku tercinta,
Ku mohon padamu Ya Rabbi,
LindungiLah bunda dari api siksamu,
Seperti dia melindungiku selama ini.


Dia membesarkanku dengan izinmu,
Dan disaat kau panggil bundaku,
Kumohon izinmu Ya Rabbi,
Untuk bundaku memasuki syurgamu.


Bunda…
Sekarang Kau telah pergi tuk selama-lamanya,
Namun anakmu masih tak bisa memberikan apa-apa,
Baik buatmu bahagia ataupun bangga,
Dengan anak-anakmu tercinta.


Bunda…
Ku tahu engkau pergi dengan tenang,
Amanah Yang maha Kuasa telah kau tunaikan,
Menuntun anakmu menjadi idaman.


*p/s: nntikan hari bapa plak ye....hehe

Wednesday, April 14, 2010

RINDUKAN MAKANAN MSIA???SATAY, NASI KERABU,NASI DAGANG FUQAIHAH MENANTI ANDA...DGN HRGA YG AMAT2 BERPATUTAN..INSYAALAH MEMUASKN HTI SMUA PIHAK...

~ nasi dagang fuqaihah~
harga : JD1 (nasi dagang+gulai ayam+acar timun+telor)






~ satay ayam fuqaihah~
harga : JD 0.50 SAHAJA!!!
( satay 2 cucuk+nsi hmpit+kuah kacang+timun)




~nasi kerabu fuqaihah~
harga : JD 1.00 (nasi kerabu+ayam goreng)
JD1.20 (nasi kerabu+ayam goreng+solok lada)




JDILAH PELANGGAN FUQAIHAH YG PERTAMA...STIAP PEMBELIAN AKN DSERTAKAN "TINTA ILMU" AGAR DAKWAH DPT BJALAN SEIRING PENJUALAN MAKANAN DR KAMI.

PENGUMPUL "TINTA ILMU" TERBANYAK BAKAL MNDAPAT HADIAH MISTERI...APA DIA???? TUNGGU.............YG PNTING JGN DBUANG "TINTA ILMU" TERSEBUT......


BERNIAGA SMBIL BERDAKWAH...........INSYA ALLAH MNDAPAT BARAKAHNYA...

SOKONGAN KALIAN AMATLAH D HARGAI....

HARI BERNIAGA : WKTU KULIAH (AHAD+SELASA+KHAMIS)
PUKUL 10-1
SURAU SYARIAH

HUJUNG MINGGU
PNGHANTARAN : SLEPAS ZOHOR

SEBARANG TEMPAHAN BOLEHLAH BERHUBUNG MELALUI :
YM : stjal_ieda@yahoo.com
kauthar_iman@yahoo.com

Sunday, April 11, 2010

Majlis Sanah helwah K.A.M.I meriah!!


Tarikh: 10 April 2010
Tempat: Bayt Fuqaihah


Senah Helwah Ya Jamilah kepada semua yang menyambut ulang tahun kelahiran!!
Moga Allah memberkati usia kalian..
























Bayt Fuqaihah selaku tuan rumah Majlis Sanah Helwah Batch K.A.M.I 09/10(Kesatuan Mahasiswa Islam Mu'tah) di peringkat akhawat megucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih rumah kami sebagai tempat berhimpun. Tidak dilupa kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir di majlis ini. Diharapkan ukhuwwah yang kita bina kan kekal ke akhirnya.

P/s: Laporan susulan akan menyusul selepas ini:)

Friday, April 9, 2010

Selamat Hari Lahir

Ahli Bayt Fuqaihah mengucapkan Sanah Helwah kepada adik sya' atas kelahirannya yang ke... Mudah-mudahan Allah memberkati usianya dan memakbulkan segala cita-citanya..

Thursday, April 8, 2010

Salam Permulaan

Assalamua'laikum..

Alhamdulillah pada saat ini lahirnya sebuah blog yang bakal merakam suka duka penghuni Bayt Fuqaihah.

Dengan lafaz bismillahirrahnanirrahim, blog ini memulakan langkah..

Mudah-mudahan blog ini bakal menjadi medan kami melontar idea, pandangan dan berkongsi pandangan atau apa-apa sahaja yang membawa manfaat kepada kita semua.

Sekian, wassalam.

Penghuni Bayt Fuqaihah

Penghuni Bayt Fuqaihah