Wednesday, June 8, 2011

Tabahkan hatinya..

Lama benar blog ini tidak diupdate, nampaknya lepas ni, kena pamerkan jadual, baru korang semua akan berlumba-lumba nak mencatat. Jangan pindah rumah lepas ni sebab alasan tak nak update blog. Hu3. (Gaya warden memarahi anak murid).

Maka saya sebagai wakil ahli bayt memohon ribuan kemaafan ke atas ketidakdisiplinan kami dalam melatih diri menjadi penulis.

Sedar tidak sedar rupanya sudah setahun blog ini dibiarkan tanpa diupdate, fuhh, bukan satu tempoh yang sekejap.

Sepanjang setahun, bermacam-macam cerita kehidupan penghuni Bayt Fuqaihah.

Cerita sedihnya, ada dua orang penghuni Bayt Fuqaihah yang terpaksa menangguhkan semester pembelajaran. Dinda dik mah pulang kerana kehilangan ayah tercinta & menemani bonda di kampung halaman. Manakala dinda dayah pula pulang akibat terperangkap dalam revolusi Mesir dan membuat pilihan untuk pulang bersama-sama pelajar Mesir yang lain ke tanah air.

Tambah tolak akhirnya tinggal 5 orang sahaja. Dinda sya' menghitung saat untuk pulang bercuti disusuli dengan dinda ateh. Bertambah kehilangan lagi apabila Kanda Rem bakal bergraduat semester musim panas. Maka tinggal berdua sahaja lagi yang meneruskan misi menetap di Kg. Mu'tah.

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah ayahanda dinda deq Mah atas pemergiannya. Doakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan para anbiya' dan para solihin.. Ameen..

Kami di sini sentiasa mendoakan moga dik Mah sentiasa sabar dan tabah di samping keluarga, walaupun jarak yang jauh memisahkan kita, doa yang tidak putus-putus sentiasa dikirim mudah-mudahan sentiasa kuat menghadapi cabaran yang sentiasa mendatang.

Akhir kalam, ujian itu adalah tarbiah dari Tuhan kepada hamba-hambanya yang terpilih. Bertuahlah apabila anda diuji kerana itu tanda ingatanNya pada kita;)

Penghuni Bayt Fuqaihah

Penghuni Bayt Fuqaihah